oh Tuhan seandainya telah Kau catatkan
dia milikku tercipta untuk diriku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja Pemeliharaku
dengar rintihan hambaMu ini
jangan Kau biarkan ku sendiri
ku ingin kan bahgia
di dunia dan akhirat
padaMu Tuhan ku mohon segala
No comments:
Post a Comment